Nuffnang Add
RUANGAN PERKHIDMATAN CARIAN PEKERJAAN
Saturday, June 30, 2012
Tip Temuduga Kerajaan
1. Penampilan diri perlu dijaga semasa menghadiri temuduga
kerajaan. Anda perlu SKEMA pada hari temuduga kerajaan tersebut. Yang penting nampak kemas, profesional dan
menarik.
2. Datang dalam keadaan tenang dan jangan kelam-kabut (masa
itulah nak cari lokasi & tempat temuduga. ELAKKAN YE). Macam mana nak
tenang? Persiapkan diri anda daripada segi :
- Resume telah pun disiapkan. Pastikan semua dokumen yang diperlukan sudah berada dalam fail holder berdasarkan permintaan dalam surat panggilan temuduga yang anda terima sebelum ini. Susunkannya ikut urutan. (Elakkan buat kerja last minute).
- Tahu lokasi temuduga
- Tidur awal dan cukup (disiplin diri iaitu datang awal
3. Tahu tugas dan peranan bagi jawatan yang anda dipohon dan kerja yang anda lakukan
sebelumnya. Dalam pada masa yang sama selidik struktur dan organisasi kerajaan.
Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya
tugas-tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan
pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur
dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga
PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).
4. Buat homework dan latih tubi berulang kali. Jangan
menghafal tetapi memahami. Soalan-soalan lazim temuduga kerajaan boleh semak di
sini
5. Ambil tahu isu semasa dan terkini. Dengan cara membaca Berita Semasacontohnya. Rajin-rajin semak media massa di Malaysia.
6. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat. Elakkan
diri daripada bersikap pasif, pendiam
dan semasa temuduga kerajaan menjadi hambar. Kalau teruskan juga,
harapan anda sangat cerah untuk TIDAK diterima masuk untuk kerja kerajaan.
6. Tips temuduga kerajaan yang seterusnya adalah panel
penemuduga sangat sukakan calon yang bersemangat dan bercita-cita tinggi.
7. Buktikan yang anda sememangnya sangat berminat jika
diberikan peluang untuk bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Tunjukkan
keyakinan dan semangat anda apabila panel penemuduga (biasanya akan ditanya
pada sesi akhir temuduga, samada anda mahu katakan sesuatu nanti)
8.
Akhirnya sekali minta restu dan minta mereka doakan kejayaan untuk diri anda.
Anda juga jangan lupa doa.
Subscribe to:
Posts (Atom)